SISTEM
OPERASI WINDOWS 8
Era
pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
telah membawa kita ke satu lagi dimensi baru dalam dunia pengkomputeran. Premis
ini jelas memberitahu bahawa versi pembangunan Windows 8 sebelum ini dilihat
positif sekaligus meningkatkan api semangat Microsoft untuk memajukan lagi
pembangunan Windows 8. Kedaluwarsa, Microsoft tampil di mata dunia sekali lagi
dengan melancarkan Windows 8 secara rasmi kepada umum pada 26 Oktober 2012.
Windows 8 Boot
Proses
boot Windows 8 telah didatangkan dengan logo baru “Windows” serta titik bulatan
beranimasi yang sangat menarik. Paparan minimalis ini menggantikan paparan
animasi boot Windows 7 yang sedikit sebanyak mengambil masa komputer untuk
dihidupkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Microsoft amat komited dalam
menekankan nilai simplistik pada sistem operasi terbaru mereka. Pada akhir sesi
boot, paparan tersebut akan hilang dengan fade effect yang pasti memukau
perhatian pengguna buat kali pertama melihatnya.
Selain
daripada membawa pembaharuan antara muka, fungsi boot pada Windows 8 telah
diperbaharui dan diberi nafas baru dengan kehadiran sokongan Fast Startup atau
lebih dikenali sebagai Hybrid boot. Fungsi Hybrid boot ini membenarkan komputer
dihidupkan dengan sangat pantas jika dibandingkan dengan proses boot biasa pada
Windows 7. Bagi komputer yang menggunakan cakera keras biasa, Hybrid boot
membolehkan komputer diboot dengan kepantasan seakan-akan menggunakan SSD dan
rahsia disebalik Hybrid boot ini, ia dijayakan dengan kaedah “logoff +
hibernate” semasa proses shut down dilakukan. Fungsi ini telah diaktifkan
secara default oleh Windows 8 pada komputer yang menyokong fungsi hibernate.
Untuk
memastikan sama ada fungsi ini telah diaktifkan atau tidak, pengguna boleh
mengaksesnya pada Power plan option dan pastikan pada kotak kecil “Turn on fast
startup” telah ditandakan.
Sokongan
Hibrid BootSelain daripada pembaharuan dari segi antara muka dan prestasi boot,
Microsoft turut mengubah cara perlaksanaan Windows bootloader pada Windows 8.
Pada versi Windows sebelumnya, paparan ‘dual boot’ biasanya akan terpapar
sebelum sistem operasi Windows menjalankan proses boot tetapi tidak pada
Windows 8. Microsoft telah menetapkan paparan ‘dual boot’ akan kelihatan
selepas Windows 8 boot screen. Ini bermakna, proses boot Windows 8 akan
dijalankan terlebih dahulu dan selepas itu, paparan dual boot yang simplistik
ini muncul untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk memilih sistem operasi
keperluan mereka pada masa itu.
Start Screen
Satu
fungsi revolusi pada Windows 8Start Screen merupakan satu fungsi revolusi yang
hadir pada Windows 8. Kehadirannya membawa pelbagai fungsi baru dan pada masa
yang sama, Start screen juga bertindak sebagai Start menu pada sistem operasi
ini. Selepas proses login, pengguna akan dibawa ke Start screen yang
menempatkan pelbagai tile aplikasi yang antaranya berasaskan teknologi HTML5.
Menariknya, aplikasi yang dinamakan sebagai aplikasi Windows 8-style ini
memudahkan pengguna mengakses sesuatu informasi tanpa perlu membuka dan
melayari internet dengan menggunakan pelayar web. Selain daripada tile untuk
aplikasi Windows 8-style, terdapat juga tile untuk program yang biasa dilihat
pada desktop konvensional Windows seperti Internet Explorer, Desktop, Control
Panel, dan lain-lain.
Selain
itu, Windows 8 turut hadir dengan beberapa pilihan corak latar belakang yang
membolehkan anda mengubah latar belakang Start screen berserta 25 kombinasi
warna tema yang boleh ditetapkan mengikut citarasa pengguna.
Fungsi
semantic zoom membenarkan pengguna mengecilkan Start Screen untuk melihat
aplikasi yang berada pada Start Screen tersebut secara menyeluruh. Dari situ,
pengguna dapat mengurus, mengubah kedudukan serta menamakan kumpulan aplikasi
secara bebas mengikut kehendak pengguna.
Disamping
memperkenalkan fungsi semantic zoom pada Windows 8, Microsoft juga telah
membawa pelbagai pembaharuan pengawalan Start Screen. Jika diteliti, satu
fungsi yang dikenali sebagai hidden app bar menawarkan kepada pengguna untuk
pin sebarang perisian executable, laman web, kontak, dan lain-lain lagi.
Pengguna yang menggunakan desktop juga boleh menggunakan satu fungsi baru yang
dipanggil Push untuk skrol kandungan Start Screen secara pantas dengan
mengheret kursor ke tepi kiri dan kanan skrin.
Windows Store
Relevan
dengan kehendak zaman, syarikat gergasi dari Redmond itu telah membawakan
pembaharuan dengan mengimplementasikan fungsi Store pada Windows 8.Fungsi ini
dilihat dapat memudahkan pengguna untuk memuat turun aplikasi Windows 8-style
dengan antara muka modern UI yang serba ringkas dan pantas.
Melalui
Windows Store, pengguna boleh mendapatkan aplikasi Windows 8-style seperti
aplikasi jaringan sosial, berita, muzik dan video, dan permainan yang
sememangnya menarik untuk pengguna. Antara muka Windows Store hadir dengan
paparan yang segar, ringkas, dan menarik sekaligus memudahkan pengguna memilih
aplikasi kesukaan mereka. Antara aplikasi yang menarik untuk dimuat-turun ialah
Tweetro for Windows 8, Skype for Windows 8, Jetpack Joyride dengan sokongan
Xbox Live, Fresh Paint, dan Awesome Picture yang boleh didapati secara percuma.
Internet Explorer 10
Internet
Explorer 10 akan diperkenalkan untuk Windows 7 tidak lama lagiWindows 8 tampil
dengan versi pelayar web yang telah dipertingkatkan iaitu Internet Explorer 10.
Pelayar web ini tampil dalam dua versi pada Windows 8, satu Internet Explorer
10 versi Windows 8-style dan satu lagi Internet Explorer 10 versi Desktop.
Internet
Explorer 10 versi Desktop merupakan versi pelayar web yang masih lagi
meneruskan pelayaran web yang serba pantas serta sokongan plug-in dan extension
padanya.
Internet
Explorer 10 versi Windows 8-style pula merupakan pelayar web dengan antara muka
modern UI yang didatangkan dengan sokongan plug-in Adobe Flash selain menggunapakai
teknologi HTML 5.
Adobe
Flash Player didatangkan secara terbina pada IE10Sebelum Windows 8 dilancarkan,
Microsoft telah mengumumkan kerjasama bersama Adobe untuk mengimplementasikan
Flash Player pada pelayar web Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan
juga versi desktop. Perkara ini secara tidak langsung memberi senyuman kepada
pengguna yang gemar menikmati pelayaran web dengan sokongan Flash.Untuk
pengetahuan umum, Internet Explorer 10 versi Windows 8-style dan versi Desktop
didatangkan khas secara terbina dengan Adobe Flash Player 11.3.
Walau
bagaimanapun, sokongan Adobe Flash Player pada Internet Explorer 10 versi
Windows 8-style adalah terhad dan hanya laman web yang disahkan sahaja dapat
menggunakan Flash. Pihak Microsoft memaklumkan sokongan Adobe Flash pada
Internet Explorer 10 versi Windows 8-style hanyalah subset daripada Adobe Flash
Player 11.3 demi untuk menjaga kepantasan, jangka hayat bateri, dan beberapa
perkara yang melibatkan sekuriti.
Desktop
Fungsi
Desktop yang diibaratkan seperti “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”
ini masih lagi dikekalkan dalam Windows 8.Secara amnya, antara muka dekstop dan
pengalaman menggunakannya saling tidak tumpah seperti menggunakan sistem
operasi Windows 7. Pengguna boleh mengaksesnya dengan membuat klik pada tile
Desktop di Start Screen. Melalui fungsi ini, pengguna masih lagi dapat
mengakses Desktop seperti mana mereka gunakan pada versi Windows yang
sebelumnya.
Perubahan
yang jelas menonjol pada paparan desktop Windows 8 ini dapat disaksikan dengan
ketiadaan butang Start menu pada bahagian kiri bawah skrin. Start menu yang
menjadi sajian harian pengguna PC selama hampir dua dekad ini telah digantikan
dengan fungsi Start screen yang amat menarik penggunaannya. Untuk mengakses kembali
ke Start screen, pengguna hanya perlu membawa kursor ke sedikit bawah daripada
tempat asal Start menu.
File Explorer
Untuk
pengetahuan umum, Windows Explorer telah dinamakan sebagai File Explorer dalam
sistem operasi Windows 8.Paparan Windows 8 File Explorer hadir dengan sedikit
kesamaan seperti Windows Explorer pada Windows 7. Microsoft telah menambah
butang “Up” yang pernah menjadi alatan berguna pada versi Windows suatu ketika
dahulu bersama ribbon toolbar yang terdapat pada Office 2010 untuk memudahkan
pengguna mengakses pelbagai tugasan sistem. Apa yang membezakan lagi, nama
program kini bukan lagi berada di sebelah kiri tetapi telah dialihkan ke
bahagian tengah titlebar.
Pembaharuan
File Explorer yang dilakukan pada Windows 8 dapat dilihat pada antara muka yang
menjadi semakin kemas, ‘solid’, dan kurang penglibatan antara muka yang
bersifat ‘glossy’. File Explorer pada Windows 8 hadir dengan ribbon toolbar
yang disorokkan secara default. Sifat ribbon yang mengambil ruang yang besar
sememangnya menimbulkan ketidakselesaan sesetengah pengguna akan fungsi
tersebut.
Fungsi Auto Colorization
Windows
8 telah didatangkan dengan fungsi Auto Colorization, memudahkan pengguna dalam
menetapkan warna tema Windows mereka. Melalui fungsi ini, warna tema akan ditetapkan
secara automatik berdasarkan warna utama wallpaper yang pengguna aktifkan.
Paparan Kursor Diperbaharui
Selain
daripada perubahan pada antara muka desktop, antara muka kursor pada Windows 8
juga telah diperbaharui dengan paparan yang lebih segar berbanding Windows
sebelum ini. Paparan kursor ‘glossy’ yang telah digunakan buat sekian lama
sejak zaman Windows Vista telah digantikan dengan kursor ‘solid’ yang ternyata
lebih ringkas dan kemas.
Windows Task Manager
Perubahan
drastik yang dapat dilihat pada Windows 8 adalah dengan kehadiran Task Manager
yang telah diperbaharui. Task Manager yang diperbaharui ini memberi kepada
pengguna dengan fungsi yang lebih mendalam disamping mengoptimasikan penggunaan
tab pada fungsi tersebut.
Lock Screen
Fungsi
Lock Screen yang sangat popular digunakan pada telefon pintar masa kini turut
diimplementasikan pada Windows 8.Fungsi ini dapat diaktifkan setelah pengguna
‘lock’ PC mereka yang dilihat amat penting bagi pengguna komputer tablet.
Windows 8 membolehkan pengguna menukar gambar pada Lock Screen tersebut dengan
enam pilihan gambar latar belakang yang telah disediakan atau gambar yang lain
mengikut pilihan pengguna. Paparan Lock Screen pada Windows 8 memaparkan waktu
serta notification yang berlatar belakangkan wallpaper lock screen yang telah
ditetapkan pengguna tersebut.Untuk keluar daripada Lock Screen, pengguna perlu
mengheretkan Lock Screen tersebut ke atas dan Windows akanmembawa pengguna ke
paparan login screen (jika password dipasang) atau ke tempat sebelum Lock
Screen diaktifkan seperti Desktop atau Start screen semula.
Picture Password
Salah
satu fungsi yang menjadi daya tarikan Windows 8 adalah fungsi Picture Password
yang sememangnya dilihat sebagai satu inovasi yang kreatif untuk membuka kata
laluan.Melalui fungsi ini, kata laluan dapat dibuka dengan hanya melakukan
beberapa bentuk seperti garisan atau bulatan pada atas gambar yang telah
ditetapkan oleh pengguna.Jika pengguna tidak dapat melakukan atau terlupa untuk
membuat bentuk garisan atau bulatan pada gambar, pengguna masih boleh
menggunakan kata laluan biasa untuk log masuk Windows.Fungsi ini boleh
diaktifkan melalui Control Panel versi Windows 8-style.
Control Panel
Untuk
pengetahuan umum, Windows 8 didatangkan dengan dua versi Control Panel, satu Control
Panel versi Windows 8-style dan satu lagi Control Panel versi desktop. Paparan
Control Panel versi Desktop Windows 8 masih dikekalkan sama seperti yang
terdapat pada Windows 7. Pada Control Panel versi Windows 8-style didatangkan
dengan beberapa setting ringkas dalam antara muka modern UI.
Charm Bar
Windows
8 sememangnya direka untuk memudahkan pengguna melakukan tugasan harian mereka.
Fungsi yang diberi nama Charm Bar menjadi elemen yang cukup penting bagi sistem
operasi ini agar lebih mudah untuk digunakan. Untuk memaparkan fungsi tersebut,
pengguna hanya perlu menggerakkan kursor di penghujung kanan atas atau bawah
skrin.Selain mengheret kursor ke bahagian tersebut, Charm Bar juga boleh
dipaparkan dengan menggunakan kombinasi butang “Windows + C” pada keyboard.
Charm
Bar yang direka pada Windows 8 memudahkan pengguna mengakses beberapa tugasan
pada sistem operasi ini seperti akses pantas ke Start Screen atau
menggunakannya untuk tugasan pantas yang lain seperti mengawal sambungan WiFi
atau shut down komputer.
App Switcher
Antara
muka Switcher yang serba baru telah diperkenalkan pada Windows 8, menyediakan
cara yang konsisten untuk melakukan penukaran serta mengawal antara aplikasi.
Pengguna boleh mengeluarkan fungsi App Switcher dengan membawa kursor ke atas
kiri skrin dan heretkannya ke bawah.Switcher memaparkan aplikasi yang berjalan
dalam bentuk thumbnail untuk memudahkan pengguna memilih dan mengakses aplikasi
tersebut.Cukup mudah, pengguna hanya perlu tarik keluar salah satu thumbnail
tersebut dan lepaskan ke bawah skrin untuk menutup aplikasi tersebut.
App Snapping
Melakukan
dua tugasan dalam satu masa sudah menjadi trend oleh pengguna PC hari ini
selepas Microsoft memperkenalkan fungsi Aero Snap pada Windows 7.Bertepatan
dengan peribahasa, “yang lama dikelek, yang baharu didukung”, Microsoft
mengambil inisiatif untuk memperkenalkan fungsi App Snapping pada Windows 8.
Fungsi ini membolehkan pengguna untuk Snap aplikasi Windows 8-style ke bahagian
tepi kiri atau kanan skrin dan pada masa yang sama, skrin utama membolehkan
pengguna memaparkan kerja utama mereka. Sebagai contoh daripada penggunaan
fungsi ini, pengguna dapat melakukan tweet pada tepi skrin sambil di paparan
utama melakukan tugasan yang lain seperti melayari laman web, melakukan tugasan
pejabat, mahupun ketika sedang menonton video.
Smart Copy
Melalui
Windows 8, Smart Copy membolehkan pengguna mengawal pemindahan data dari satu
tempat ke satu tempat dengan mudah. Pengguna juga diberi pilihan untuk melihat
informasi penghantaran fail seperti kelajuan penghantaran sesuatu file dengan
lebih mendalam. Jurutera Microsoft bijak menggunakan mata akal mereka dengan
membolehkan Smart Copy mengawal pemindahan fail dengan mudah, seperti
menghentikan sesuatu fail itu dipindahkan sementara menunggu fail yang lain
dipindahkan atau sebagainya.
Fungsi Recovery
Perkara
menarik yang didatangkan bersama Windows 8 adalah fungsi “Recovery” yang mana
membolehkan pengguna untuk Refresh atau Reset komputer mereka. Fungsi ini
membolehkan pengguna membuat ‘refreshment’ pada PC yang digunakan tanpa perlu
‘format’ kembali PC tersebut.
Refresh PC
– merupakan satu tetapan untuk reload Windows 8 tanpa kehilangan file pengguna,
gambar, video, muzik, dan lain-lain. Ia diibaratkan seperti memasang semula
Windows tetapi prestasinya ternyata lebih baik disamping tidak perlu risau akan
kehilangan segala dokumen penting. Namun begitu, perli diingatkan bahawa
aplikasi yang berada pada keadaan sebelum ‘Refresh PC’ akan dibuang. Setelah
selesai proses ‘Refresh PC’ dijalankan, satu log yang berkaitan dengan aplikasi
yang telah dibuang diletakkan pada desktop untuk dijadikan sebagai rujukan
semula kepada pengguna.
Reset PC – suatu
tetapan untuk meletakkan komputer kepada keadaan seperti yang asal. Perlu
diingatkan, harus berhati-hati sebelum memulakan proses ini kerana ia akan
memadamkan kesemua file pengguna. Ia akan menjadi berguna apabila pengguna
perlu membersihkan cakera keras akibat daripada jangkitan virus.
Fungsi File History
Windows
8 telah didatangkan dengan satu fungsi baru yang diberi nama “File History”.
Fungsi ini akan menyimpan salinan data yang telah ditandakan, bermakna pengguna
boleh restore data tersebut jika ia hilang mahupun rosak. Fungsi ini boleh
diakses melalui Control Panel.
Integrasi SkyDrive Secara Terbina
Tiada
sebarang aplikasi tambahan perlu dimuat turun kerana SkyDrive sudah menjadi
sebahagian daripada Windows 8. Aplikasi SkyDrive versi Metro membolehkan
pengguna untuk sync fail peribadi mereka terus ke akaun SkyDrive tanpa perlu
membuka sebarang pelayar web. Melalui fungsi ini, pengguna dapat mengakses fail
mereka pada peranti lain tidak kira masa, di mana jua.
Sokongan Integrasi Microsoft Account
Dengan
hanya log masuk ke Microsoft Account yang dahulunya dikenali sebagai Windows
Live ID, pengguna dapat melakukan sync untuk membawa seluruh kandungan peribadi
pengguna tersebut pada Windows 8 ke peranti mudah alih serta PC yang lain. Ini
termasuk beberapa kandungan seperti PC settings, personalizations (warna tema,
wallpaper, lock screen, dan gambar pengguna), ease of access settings, bahasa
pilihan, app settings, browser settings, Explorer dan mouse settings, informasi
log masuk, dan pelbagai lagi.Apa yang menarik, kesemua ini dijayakan dengan
hanya log masuk akaun sahaja.
Sokongan Xbox Live
Satu
lagi sokongan yang menjadi titik jualan Windows 8 adalah integrasi di antara
sistem operasi dan Xbox Live. Microsoft mengambil pendekatan ini untuk
menyatukan desktop mahupun tablet dengan peranti permainan yang menjadi sebutan
pengguna pada era ini untuk menjadikannya lebih menarik dan praktikal. Windows
8 tidak didatangkan dengan sebarang permainan secara terbina dan pengguna boleh
memuat turun apliksi permainan melalui Windows Store. Antara permainan Xbox
Live untuk Windows 8 yang menjadi pilihan penulis pada saat ini ialah Jetpack
Joyride dan Pinball FX2 yang sememangnya cukup menghiburkan.
DirectX 11.1
Bagi
peminat dunia permainan komputer, Windows 8 turut didatangkan dengan sokongan
DirectX 11.1 yang telah dipertingkatkan dari segi sokongan grafik.DirectX 11.1 membawakan
sokongan WDDM 1.2 untuk peningkatan prestasi grafik selain membawa peningkatan
fungsi integrasi Direct2D, Direct3D, dan DirectCompute.DirectX 11.1 juga hadir
dengan DirectXMath, XAudio2, dan XInput daripada XNA framework.Selain itu,
turut hadir bersama dengan DirectX 11.1 ialah sokongan stereoscopic 3D untuk
keperluan permainan dan video.
Sokongan USB 3.0 dan Near Field Communication (NFC) Secara
Natif
Windows
8 turut hadir dengan sokongan untuk peranti USB 3.0, yang mana melalui sokongan
ini membolehkan aktiviti pemindahan data dilakukan dengan pantas disamping
meningkatkan kreditibiliti pengurusan kuasa USB 3.0 pada peranti Windows 8.
Selain itu, sokongan Near Field Communication (NFC) turut didatangkan secara
natif melalui Windows ini.Sokongan NFC ini membolehkan penghantaran data dan
komunikasi dilakukan pada jarak yang dekat antara peranti yang mempunyai
sokongan NFC.
Sokongan Kad Sim dan Mod Penerbangan
Windows
8 juga turut hadir dengan sokongan kad sim yang telah dipertingkatkan untuk penggunaan
mobile broadband.Windows 8 kini dapat menyediakan setting sambungan secara
automatik jika ada sebarang kad sim dimasukkan, termasuk setting APN dan
maklumat telco serta fungsi meter untuk mengawal jumlah quota internet. Selain
itu, telco kini dapat menawarkan pengurusan broadband dengan lebih interaktif
lagi melalui aplikasi pada Windows Store, yang mana memudahkan pengguna melihat
statistik penggunaan pada live tile di Start screen.
Windows
8 turut didatangkan dengan mod penerbangan yang membolehkan komputer
dinyahaktifkan daripada sebarang sambungan wayarles.Fungsi ini boleh diaktifkan
melalui paparan senarai Wi-Fi network dengan hanya satu klik.
Windows To Go
Windows
To Go membolehkan pengguna membuat live USB Windows 8 dan menggunakannya
pada PC lain tanpa menjalankan pemasangan Windows. Melalui fungsi ini, pengguna
hanya perlu boot USB flash drive tersebut dan Windows 8 sedia untuk digunakan.
Sememangnya Windows To Go dicipta untuk memudahkan pengguna yang sering
menggunakan PC lain ketika menjalankan tugasan pejabat. Walau bagaimanapun,
sokongan ini hanya hadir untuk Windows 8 Enterprise sahaja.
Kompatibiliti & Stabiliti
Windows
8 boleh dipasang tanpa sebarang masalah sekiranya anda menggunakan Windows 7
kerana keperluan sistem operasi Windows 8 adalah hampir sama seperti keperluan
sistem untuk pemasangan Windows 7. Bagi pengguna Windows Vista dan Windows XP,
beberapa keperluan sistem perlu diambil bagi memastikan Windows 8 dapat
dijalankan dengan lancar dan sempurna pada komputer anda.Berikut dinyatakan
keperluan sistem untuk pemasangan sistem operasi Windows 8.
Keperluan
Sistem Windows 8
|
|
Pemprosesan
|
1 gigahertz (GHz) atau lebih
|
Memori
|
1 gigabait (GB) (untuk 32-bit)
atau 2 GB (untuk 64-bit)
|
Cakera keras
|
16 GB (untuk 32-bit) atau 20 GB (untuk
64-bit)
|
Skrin (Kedua-dua)
|
11.6-inci FHD (1920×1080)
|
Kad grafik
|
Peranti grafik Microsoft DirectX 9
dengan WDDM driver
|
Sistem
operasi ini turut hadir dengan beberapa keperluan yang lain untuk sokongan
serta kepuasan pengalaman penuh dalam menggunakan Windows 8.
Untuk
menggunakan fungsi touch, tablet atau paparan skrin sentuh yang mempunyai
sokongan multitouch diperlukan.Untuk menjalankan aplikasi Windows Store dan
aplikasi Windows 8-style, resolusi skrin mestilah sekurang-kurangnya 1024 x 768
dan ke atas.Skrin dengan resolusi 1366 x 768 diperlukan untuk menjalankan
fungsi App Snap.
Beberapa
permainan dan aplikasi memerlukan kad grafik DirectX10 dan ke atas untuk
kepantasan yang optimum.
Akaun Microsoft diperlukan untuk sesetengah fungsi di dalam Windows.
Akaun Microsoft diperlukan untuk sesetengah fungsi di dalam Windows.
Sokongan
DVD playback tidak didatangkan secara default dan memerlukan perisian yang lain
untuk memainkannya.
Lesen untuk pek Windows Media Center dijual secara berasingan.(Lesen percuma boleh didapati di laman Microsoft Windows sehingga 31 Januari 2013.)
Lesen untuk pek Windows Media Center dijual secara berasingan.(Lesen percuma boleh didapati di laman Microsoft Windows sehingga 31 Januari 2013.)
Berbicara
dari segi stabiliti, sokongan aplikasi legacy Windows masih boleh dijalankan
pada Windows 8 tanpa sebarang masalah. Beberapa aplikasi seperti Avast! Free
Antivirus, VLC Player, Adobe Photoshop versi lama dan FormatFactory dapat
dipasang tanpa ada masalah dan error. Sokongan permainan juga hampir sejumlah
yang besar masih boleh dimainkan pada Windows 8. Berdasarkan percubaan penulis,
permainan seperti Dota 2 dan Call of Duty: Modern Warfare 3 dapat dimainkan
tanpa sebarang masalah malah terasa lebih laju berbanding Windows 7.
Dari
segi kelancaran pula, Windows 8 sememangnya sangat pantas jika dibandingkan
dengan prestasi kelancaran pada Windows 7.Antara muka yang telah diperkemaskan sedikit
sebanyak membantu dalam kelancaran Windows 8. Sokongan Fast Start up dilihat
berjaya menambat hati penulis kerana ia membuatkan PC penulis dihidupkan
seakan-akan menggunakan SSD. Secara keseluruhan, penulis amat berpuas hati
menggunakan Windows 8 ini dan merasakan Windows 8 sememangnya salah satu sistem
operasi Windows yang terbaik setakat ini.
Beberapa
menu di dalam Windows 8 hampir keseluruhannya diletakkan pada lokasi yang
sedikit tersorok daripada pandangan mata dan mungkin mengambil masa untuk pengguna
menguasai sistem operasi ini. Malahan perkara kecil seperti shut down juga
berada pada lokasi yang berbeza berbanding sistem operasi Windows 7 dan
sebelumnya. Namun begitu, selepas beberapa ketika menelusuri Windows 8,
pengguna pasti akan dapat menyesuaikan diri dengan sistem operasi ini kerana
fungsinya tidak sesusah mana yang dijangka malah sebenarnya dipermudahkan lagi
oleh Microsoft dalam menyediakan antara muka yang mesra pengguna.
Selain
daripada sudut tahap kepenggunaan, apa yang penulis berasa sedikit kurang
senang ialah aplikasi Windows 8-style yang kadang kala sedikit ‘buggy’ dan
lambat untuk dibuka. Tidak seperti aplikasi desktop yang dijalankan pada
Windows 8, aplikasi Windows 8-style yang berada pada Start screen kadang kala
memerlukan sedikit masa untuk dijalankan. Pengguna akan dibawa ke paparan
splash screen terlebih dahulu, tunggu, dan barulah aplikasi Windows 8-style
akan terpapar pada skrin. Apapun, isu ini hanyalah satu isu kecil dan mungkin
pihak Microsoft ada cara untuk cuba memperbaikinya pada masa-masa yang akan
datang.
Bercakap
mengenai status sokongan pula, status sokongan Windows 8 bermula 30 Oktober
2012 selepas 4 hari pelancaran sistem operasi ini kepada umum. Sokongan aliran
utama (mainstream support) Windows 8 telah diputuskan oleh Microsoft dalam
membawa pengemasikinian Windows sehingga 9 Januari 2018 manakala sokongan
pemanjangan (extended support) Windows 8 dilanjutkan sehingga 10 Januari 2023.
Versi
Windows 8 hadir dalam empat versi dan hanya dua versi sahaja yang dijual secara umum.Dua versi utama untuk jualan iaitu Windows 8 (versi teras) dan Windows 8 Pro boleh didapati melalui pembelian atas talian atau pembelian dalam bentuk fizikal.Windows 8 Enterprise pula ditujukan untuk kegunaan pejabat, syarikat serta organisasi yang hanya ditawarkan melalui pembelian lesen secara pukal. Selain itu, satu versi khas iaitu Windows on ARM atau lebih dikenali sebagai Windows RT yang didatangkan secara khusus pada komputer tablet yang berkuasakan pemprosesan ARM seperti mana yang hadir pada tablet Surface.
Windows 8 (versi teras)
Menurut
Microsoft, Windows 8 versi ini akan menjadi sasaran majoriti pengguna. Windows
8 versi teras hadir dengan fungsi asas seperti mana yang telah hadir pada
Windows 8 Consumer Preview seperti File Explorer yang telah dipertingkatkan,
Task Manager yang telah diperbaharui, sokongan multi-skrin dan kebolehan untuk
menukar ke pelbagai pilihan bahasa, yang mana sebelum ini hanya diperkenalkan
pada versi Windows Vista & 7 Enterprise dan Ultimate sahaja.
Bermula Windows 8, Windows Media Center sudah tidak lagi berada dalam kesemua versi Windows 8 secara terbina. Walau bagaimanapun, fungsi ini boleh didapati melalui pembelian “Pro Pack” untuk Windows 8 versi teras.
Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic dan Home Premium yang sedia ada boleh menaik taraf ke Windows 8 versi teras ini.
Bermula Windows 8, Windows Media Center sudah tidak lagi berada dalam kesemua versi Windows 8 secara terbina. Walau bagaimanapun, fungsi ini boleh didapati melalui pembelian “Pro Pack” untuk Windows 8 versi teras.
Pengguna Windows 7 Starter, Home Basic dan Home Premium yang sedia ada boleh menaik taraf ke Windows 8 versi teras ini.
Windows 8 Pro
Windows
8 Pro direka untuk penggiat teknologi, ahli-ahli perniagaan, serta golongan
teknikal professional.Windows 8 Pro hadir dengan fungsi yang telah didatangkan
pada Windows 8 versi teras serta termasuk beberapa fungsi seperti encryption,
virtualization, pengurusan PC, dan pengurusan sambungan domain.
Berikut
dinyatakan fungsi yang eksklusif pada Windows 8 Pro dan fungsi-fungsi ini tidak
berada pada Windows 8 versi teras.
- BitLocker dan BitLocker To Go
- Sokongan boot dari VHD
- Client Hyper-V
- Domain Join
- Encrypting File System
- Group Policy
- Remote Desktop (kebolehan menjadi host)
Sama
seperti Windows 8 versi teras, Windows Media Center juga sudah tidak
didatangkan secara terbina pada Windows 8 Pro dan fungsi ini boleh didapati
untuk pembelian sebagai add-on untuk Windows 8 Pro. Pada saat artikel ini
ditulis, pengguna boleh mendapatkan “Windows Media Center add-on” untuk Windows
8 Pro secara percuma sehingga 31 Januari 2013.
Pengguna
Windows 7 Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, dan Ultimate yang
sedia ada boleh menaik taraf ke versi Windows 8 Pro ini.
Windows 8 Enterprise
Sama
seperti Windows sebelum ini, Microsoft turut menawarkan versi Windows 8 yang
direka secara spesifik untuk pengguna yang mempunyai perjanjian Software
Assurance.Windows 8 versi ini membenarkan lesen Windows dibeli secara pukal
yang semestinya ditujukan untuk organisasi perniagaan besar. Windows 8
Enterprise mempunyai kesemua fungsi yang ada pada Windows 8 Pro serta beberapa
fungsi untuk organisasi IT, yang mana Windows versi ini didatangkan dengan
kebolehan PC deployment, pilihan sekuriti yang tinggi, virtualization, dan
kebolehan mobiliti.
Berikut
dinyatakan fungsi yang eksklusif yang hanya boleh didapati pada Windows 8
Enterprise dan kesemua fungsi yang dinyatakan ini tidak berada pada Windows 8
versi lain.
- Windows To Go
- DirectAccess
- BranchCache
- AppLocker
- VDI Enhancements
- App Deployment
DirectAccess
membenarkan pengguna untuk remote pengguna lain secara terus menerusi sumber
akses di dalam jaringan korporat tanpa perlu melancarkan virtual private
network (VPN) yang berlainan. BranchCache pula membolehkan pengguna PC untuk
cache file, laman web, dan kandungan lain dari pusat server. Melalui fungsi
ini, kandungan tidak dimuat-turun berulang kali melalui wide are network (WAN).
Selain itu, AppLocker membantu beberapa masalah yang berkaitan isu sekuriti
dengan menyahakses file dan aplikasi daripada pengguna yang telah diberi
kebolehan untuk menjalankan file dan aplikasi tersebut.
Windows RT
Windows
RT yang juga dikenali sebagai Windows on ARM (WOA) merupakan versi Windows yang
didatangkan secara khusus pada PC dan komputer tablet yang berkuasakan
pemprosesan ARM. Versi ini membolehkan Windows dipasang pada peranti yang
mempunyai form factor yang nipis dan ringan serta membantu dalam menyediakan
jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Windows
RT memberikan pengalaman seakan PC yang hampir sama seperti Windows 8 versi
lain, cuma versi ini tidak didatangkan dengan sokongan pemasangan aplikasi
32-bit serta 64-bit. Windows RT hadir dengan sokongan desktop sama seperti PC,
kebolehan File Explorer, aplikasi pejabat Office 2013, dan aplikasi Windows
8-style yang sememangnya dioptimasikan untuk paparan skrin sentuh.
Untuk
memudahkan pembaca memahami Windows RT, versi ini hanya membolehkan pemasangan
aplikasi daripada Windows Store sahaja dan sebarang aplikasi 32-bit serta
64-bit seperti Adobe Photoshop versi penuh, Photoscape, dan pelbagai aplikasi
desktop yang lain tidak dapat dijalankan pada versi ini.
Namun
begitu, Windows RT tidak seharusnya dipandang enteng kerana konsepnya sama
seperti iOS untuk iPad. iOS untuk iPad juga tidak dapat menjalankan sebarang
aplikasi yang ada pada OS X dan hanya aplikasi yang berada pada App Store
sahaja boleh dipasang pada iOS untuk iPad ini. Justeru, dengan peningkatan
aplikasi yang berada dalam Windows Store hari demi hari, Windows RT dilihat
mampu memberikan pengalaman yang lebih kepada pengguna apatah lagi didatangkan
dengan kebolehan desktop serta aplikasi pejabat Microsoft Office 2013 versi
penuh yang sememangnya menjadi kelebihan kepada Windows versi ini.
Tidak
seperti versi Windows 8 yang lain, Windows RT merupakan satu-satunya versi
Windows 8 yang hadir dengan Microsoft Office 2013. Windows RT hanya boleh
didapati secara terbina pada PC dan komputer tablet yang berkuasakan
pemprosesan ARM dan tidak dijual secara individual.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar